Wednesday, July 22, 2009

Lencana Sekolah



1. Lencana ini telah direka oleh seorang guru Sekolah Kebangsaan Gunong Semanggol pada tahun tujuh puluhan.
2. Lencana ini mempunyai tiga warna iaitu warna BIRU, HIJAU dan KUNING. Setiap warna mempunyai maksud yang tertentu.

 BIRU bermaksud sentiasa menyokong nilai-nilai muhibah dan perpaduan.
 HIJAU bermaksud Agama Islam sebagai agama rasmi
 KUNING bermaksud ketaatan kepada raja dan negara

3. Lambang yang terdapat pada lencana ini ialah OBOR, PERISAI, BULAN SABIT dan
BUKU/ KITAB. Semua lambang ini mempunyai pengertian tersendiri.

 OBOR
Melambangkan semangat ingin belajar yang mesti disemaikan kepada murid-murid tanpa mengenal jemu dan putus asa.

 PERISAI
Melambangkan keteguhan, keyakinan dan cekal hati yang mesti ada dalam diri murid-murid semasa belajar.

 BULAN SABIT
Melambangkan majoriti murid- urid yang belajar di sekolah ini beragama Islam

 BUKU/KITAB
Melambangkan gedung ilmu yang harus diteroka oleh murid-murid untuk menjadikan mereka INSAN YANG KAMIL.

4. Cogankata : BERUSAHA BERJAYA
Bermaksud setiap pekerjaan yang dilakukan dengan kesungguhan usaha dan ikhtiar serta rajin dan tabah akan berakhir dengan kejayaan.

No comments:

Post a Comment